Edyta Górniak
Edyta Górniak

Edyta Górniak

Edyta Anna Górniak (lahir 14 November 1972) ialah seorang penyanyi pop Poland dengan kerjaya selama 3 dekad. Beliau terkenal kerana memiliki jukat vokal yang luas sekitar empat oktaf. Górniak bermula sebagai pelakon teater muzikal pada tahun 1990. Beliau tampil dalam musikal paling popular dalam sejarah Poland, Metro yang dicalonkan di Anugerah Tony. Beberapa persembahannya berlangsung di Broadway. Dengan penampilan di Pertandingan Lagu Eurovision 1994, Górniak memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pop di negara asalnya dan antarabangsa.Pada November 2018, beliau tampil di konsert khaa "Sto lat" yang diadakan di Royal Albert Hall di London bagi meraikan ulang tahun keseratus Poland mendapatkan kembali kemerdekaannya.[1]